Welcome

Minggu, 19 Januari 2014

Apa Itu Root Android¿¿ Apa kelebihan Dan Kekurangan Root¿¿


Apa Itu Root Android¿¿
Apa kelebihan Dan Kekurangan Root¿¿
Ramai antara kita yang mula memakai smartphone pada waktu ini dan sering terdengar perkataan root..apa tu?..so kat sini admin share sedikit info mengenai Root..apa kelebihan dan kekurangannya.
Pengertian Root.
Secara ringkasnya root ini adalah satu proses untuk memberikan pengguna smartphone untuk akses penuh untuk membuat sebarang perubahan terhadap sistem di dalam smartphone kita..
kebanyakan sistem di dalam smartphone kita telah dikunci oleh pengeluar masing-masing.Kenapa pengeluar smartphone mengunci sistem tersebut?
Pengeluar mengunci sistem tersebut adalah untuk menjaga fungsi-fungsi yang telah disetkan. Sekiranya tidak dikunci ditakuti pengguna akan tersilap memasuki sistem ni dan secara tidak sengaja meminda sistem tersebut. Ini boleh menjadikan smartphone tersebut tidak dapat berfungsi dengan baik.
Kekurangan Root
1. Boleh menghilangkan waranti sekiranya pengguna membuat root kepada smartphone tersebut satu perkara yang paling mustahak perlu diketahui adalah waranti smartphone tersebut akan hilang. Ini kerana pihak pengeluar tidak akan memberi jaminan kepada peranti yang telah diusik sistemnya sekiranya rosak.
2. Serangan virus adalah dikhabarkan sekiranya pengguna membuat pengubahsuaian terhadap sistem ianya boleh menjadi terdedah kepada serangan virus. Walau bagaimanapun perkara ini masih menjadi perdebatan kerana sebenarnya serangan virus turut boleh menyerang kepada mana-mana peranti walaupun proses root tidak dijalankan.
Kelebihan Root
1. Keupayaan smartphone akan menjadi lebih pantas dan laju ini adalah perkara pertama yang akan dirasai oleh pengguna sebaik smartphone tersebut selesai proses root. Smartphone akan menjadi lebih pantas berbanding sebelum root.
2. Boleh membuang aplikasi yang tidak digunakan dalam smartphone untuk mengurangkan internal memory dan meminimakan penggunaan RAM Terdapat pelbagai aplikasi yang kita tidak gunakan yang terkandung dalam smartphone kita seperti contoh Chinese Keyboard, Wheater Widget, Wisepilot dan sebagainya. Aplikasi ini hanya membuat Internal Memory kita penuh dan ada diantaranya akan beroperasi secara background. Ini secara tidak langsung membuatkan RAM kita akan meningkat. Aplikasi ini boleh dibuang untuk menjimatkan ruang Internal Memory dan meminimakan penggunaan RAM.Secara tidak langsung ia akan membantu menjimatkan sedikit penggunaan bateri.
3. Pengguna dapat menginstall aplikasi yang melibatkan root seperti Titanium backup.Aplikasi ini adalah untuk back up segala sistem dan aplikasi dalam smartphone. Sekiranya berlaku kerosakan pada peranti, maka pengguna boleh restore semula sistem dan aplikasi yang telah di buat back up.
4. Mengubahsuai ROM, launcher, theme dan lain-lain. Pengguna boleh menginstall pelbagai ROM selain dari ROM standard yang dibekalkan oleh pengeluar. Memasang pelbagai theme dan lain-lain lagi.
 Kesimpulan Root memberikan pengguna perbagai kelebihan kepada pengguna smartphone yang ingin menaik taraf keupayaan serta memberikan kawalan maksimum terhadap smartphone mereka sendiri. Bagaimanapun sekiranya pengguna telah berasa puas hati dengan smartphone standard mereka, maka proses root tidak digalakkan.
~WARNING~
SO BAGI PENDAPAT ANDA MACAM MANA..INGIN ROOT HP ANDROID ANDA ATAU TAK..HEHEBAGI ADMIN SENDIRI MELAKUKAN ROOT MEMANG YANG TERBAIKMACAM HP NOKIA SYMBIAN JUGAK KALAU KITA TAK HACK HP KITAMACAM MANA KITA NAK INSTALL APLIKASI CRACK..SEPERTI SUPPORTSEMUA INSTALL TANPA MENGELUH MELAKUKAN INSTALLBEGITU JUGAK MAKSUD ROOT ANDROID NIE..BAGI YANG KAKIMODDING NIE MACAM ADMIN BERANI MELAKUKAN ROOTHEHE SELAGI TAK ROOT SELAGI TU TAK PUAS...BUKAN APASELAGI TAK MERASA ROOT KITA TAK AKAN TAHUKELEBIHAN DAN KEKURANGANNYA MACAM MANA..TAPI BAGI YANG BERANI JE LAH YANG BUAT ROOT NIESEBENARNYA SENANG ROOT CUMA KITA JE NIEYANG SELALU TERAGAK-AGAK DALAM HATI NAKMELAKUKAN ROOT TAKUT RISIKO BERLAKU KEPADAHP ANDROID KITA...BAGI YANG BERANI LAKUKAN ROOTANALISIS DULU ROOT HP ANDROID KAMU..YAKIN DIRIPASTI BERJAYA ROOT..OK BAGI YANG KURANG BERANI MENCUBA DAN MASIH RAGUBAGUS JANGAN CUBA ROOT NIE..TAKUT HP ANDROID KAMUMASUK KE KEDAI PLAK..TANYA DENGAN KAWAN YANG PANDAIROOT....

Ditulis Oleh : Unknown // 00.22
Kategori:

0 komentar:

Posting Komentar

 

Sosial Admin